Friday, April 15, 2011

Bertepuk sebelah tangan, berbunyi atau tidak?

Peribahasa Melayu mengatakan bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi...
Betulkah peribahasa ini? Adakah ianya fakta atau auta?

Assalamualaikum semua... Kalau tengok tajuk entri kali ini, bukannya aku nak
 pertikaikan atau persoalkan peribahasa Melayu ni. 
Tiba-tiba aku terfikir, bagaimana peribahasa ni boleh wujud?
Tapi sebenarnya dah lama aku fikir. Saja tyme ni rasa macam nk tulis kat blog.

Before tu kita imbas balik maksud peribahasa ni. Maksudnya ialah bila kita syok kat seseorang tu, 
pastu dia pulak x syok kat kita. Perghhh... sedihnya laa rasa..
Jadi, bila dia x syok kat kita, kita x bolehlah nak paksa-paksa dia suka kat kita. 
And memang takkan menjadinya hubungan tu kalau xde rase cinta..*ecehh..

Ok laa, skunk aku nk citerla mcm mn aku bley terpikir pasal benda ni.
Ceritanya macam ni. Sedang aku bermalas-malasan di atas katil 
sambil menyumbangkan lagu Siti Nurhaliza
pada suatu petang yang hening, 
dengan angin mendebush-debush masuk ke bilik aku, 
aku dengan tiba-tibanya tertepuk tangan aku kat dinding.
Lepas tu adela bunyi mcm 'Pekpekpek'
Haa.. lebih kurang gitula bunyi dia..
Pastu aku terpikir, kenapa ada bunyi? Bukan kata kalau tepuk sebelah tangan takkan bunyi?
Tapi kenapa bila aku tepuk dinding m'gunakan sebelah tangan ada bunyi???
Hairan aku.. Sepanjang malam aku x tido memikirkan pasal benda alah ni..
*Actually aku tido lena mlm tu...

Sebenarnya mungkin ada faktor sains yg menyebabkan terhasilnya bunyi bila aku tepuk dinding tu.
Bukannya maksud bila orang yg kita suka x suka kat kita, n then hubungan tu akan still menjadi..
Sama ada fakta atau auta peribahasa ini, aku pun tatau..tp aku rase fakta..auta pun iye jugak..
Entahhlaa... terpulang pada diri masing-masing...




Bertepuklah menggunakan kedua-dua tangan, agar bunyi yang sebenar akan terhasil...

Nota kaki = Minat dekat Kim Junsu dari 2pm..agak-agaknye ada chance x??? Hahaha....

[Setiap entri yang ditulis oleh aku adalah epilogue tentang aku, luahan hati aku, dan apa-apa sahaja yang b'kaitan dengan aku. Tidak ada kena mengena dengan orang lain.. Jika ada yang terasa, aku mintak maap..Sekian, Adios, n Assalamualaikum...] 

No comments: