Saturday, October 16, 2010

~cInTa, ApAkAh EnGkAu UnTukKu?~ ..::..part 10..::..FiNaL..::..

    Akhirnya, keputusan temuduga utk maktab perguruan pun keluar. Menggunakan khidmat SMS, aku pun check result aku dan keputusannya, aku lulus dan ditempatkan di maktab perguruan di Kelantan. Pada mulanya aku berasa ragu-ragu utk pergi, ttp Abah sgt m'harap agar aku terima tawaran tersebut. Setelah berfikir semasak-masaknya, aku mengambil keputusan utk pergi. Menyambung pelajaran di maktab ada banyak kelebihannya spt aku x perlu m'buat pinjaman PTPTN kerana aku akan menerima elaun setiap bulan. Memandangkan famili aku bukannya golongan berada, aku pun terima tawaran tersebut. Dan kehidupan baru aku pun bermula. Di tempat baru, suasana yg baru, kawan2 baru dan semuanya baru. Serba serbi baru. Walaupun pada mulanya aku mengalami culture shock, tp akhirnya aku b'jaya menyesuaikan diri dgn persekitaran di sini.

**********************
     Kini, sudah hampir dua semester aku berada di sini, di bumi Kelantan. Aku menjalani kehidupan di sini dengan baik walaupun kadangkala aku agak susah utk memahami loghat Kelantanese yg pure. Pada suatu hari, aku teringat tentang dirinya. Sudah hampir setahun aku berhenti memikirkan ttg dirinya. Aku cuba belajar utk melupakannya kerana aku merasakan aku patut berhenti berangan ttg dirinya. Aku merasa aku tidak mungkin akan berjumpa dengan dirinya lagi. Aku jadi teringat ttg dirinya apabila terjumpa gambarnya dlm album fb kwn sekolahku dulu. Dan aku masih merasakan yang sama tentang dirinya. Aku fikir aku sudah berjaya melupaknnya, ttp dgn melihat gambarnya saja perasaanku kembali serta merta. Aku hanya dpt melihat gambarnya, tanpa mengetahui khabar dirinya langsung. Aku cuba mencari di fb kalau2 akan terjumpa fbnya. Tetapi tiada.

    Sehinggalah suatu hari, aku terjumpa fb miliknya. Aku berasa b'debar2 tiba2. Patutkah aku add dia? Nanti dia fikir pelik pula. Xpelah, add jelah. Bukannya dia akan tahu pun. Aku pun add dia dan akhirnya dia approve aku sbg kwn. Aku berasa sgt gembira kerana akhirnya aku dpt m'jadi kwnnya di fb. Perasaan aku yg dulunya aku cuba hapuskan kini kembali semula. Setiap hari aku akan melihat jika ada apa2 perkembangan terbaru ttg dirinya. Apakah dia sudah meng'update' statusnya atau belum. Tapi kadang aku berasa sgt bosan, kerana kami x pernah b'cakap apa2. Jika di sekolah dulu aku x pernah b'cakap dengannya, aku fikir di fb mungkin kami akan b'tegur sapa. Nak komen status dirinya pun aku berasa malu sgt. Aku bimbang dia akan fikir yg bukan2 ttg diriku. 

    Suatu hari aku berasa penat dengan pelbagai aktiviti dan assignment yg b'lambak2, aku t'tidur selama 2 jam. Setelah bangun, aku berasa agak segar dan aku pun online fb sekejap utk m'update status. Status aku yg b'bunyi lebih kurang mcm ni.."Now I feel better"..gitulah..dan tiba2 dia komen. Aku terkejut, tp cepat2 aku reply, kemudia dia reply dan begitulah seterusnya. Aku berasa sgt gembira kerana ini kali pertama kami berbual walaupun cuma di fb. Sejak drpd itu, dia selalu chatting dgn aku di fb. Aku berasa sgt terkejut dan teruja kerana tiba2 kami m'jadi kwn baik dlm sekelip mata. Walaupun cuma kawan, tp aku gembira dgn situasi ini. 

     Kami selalu chatting, bertanyakan khabar, bercerita ttg masalah masing2. Aku juga mengambil peluang b'tanyakan ttg result STPMnya. Alhamdulillah, resultnya agak cemerlang. Sehingga suatu ketika, dia menyatakan sesuatu yg m'buat aku berasa sgt b'debar2. Dia meluahkan perasaannya. Dia kata dia sukakan aku. Merindui aku. Dia sering mencari aku di fb. Setiap kali dia online, hanya aku yang akan dia cari. Aku berasa sperti sedang bermimpi. Tidak mungkin lelaki yang aku puja selama ini, yang x pernah tahu ttg perasaan aku juga berperasaan yang sama dgnku. Aku merasakan, this is the sweetest moment in my life. Aku berasa terlalu gembira. Seolah-olah dunia ini aku yang punya. Aku x pernah menyangka angan2ku selama ini akan menjadi kenyataan. Hanya pada roomateku aku meluahkan perasaanku. Alia, roomateku yg setia mendengar bicaraku, luahan hati aku.

     "Iena, kau pasti ke dgn kata2 dia. Maksud aku, dia ikhlaskah menyatakan perasaannya. Aku takut ko akan kecewa je nanti," kata Alia. 
     "Aku pun x tahulah. Tp dia mcm b'sungguh2. Ko rase, patut x aku percaya?"kataku pula.
     "Aku rasa ko jgn terlalu letakkan harapan yg tinggi. Jgn terlalu percaya. Takut nnt ko akan kecewa, "kata Alia menasihati aku.
     Setelah memikirkan nasihat Alia, aku cuba utk tidak menganggap serius ttg kata2 Adam. Mungkin dia hanya bergurau. Suatu hari ketika sedang berchatting dgn dirinya, dia sekali lagi menyatakan rindunya pada aku. Aku cuba bertanya, mengapa mesti dia merindui aku sedangkan kami cuba berkawan. Ttp dia hanya mendiamkan diri. Sebaliknya, dia sering meluahkan kata2 rindu menyebabkan aku berasa semakin yakin dengan perasaanya. Aku gembira kerana aku merasakan aku mempunyai tempat istimewa di hatinya. Dia juga bercerita dia mendapat tawaran utk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan. Aku turut merasa gembira utknya.

    Setelah melanjutkan pelajaran ke universiti tersebut, dia sudah mula jarang2 menghubungi aku. Dia masih online mcm biasa, cuma dia sudah x chatting dgnku lagi. Aku merasakan dia spt sudah berubah, sudah jarang2 menghubungi aku. Aku cuba berfikiran positif kalau2 dia sebenarnya sedang sibuk dgn assignmentnya. Aku percaya pada dirinya, dia tidak mungkin akan melupakan aku. Suatu hari, aku melihat ada seorang perempuan lain memanggilnya sayang di fb. Aku mula rasa cemburu. Aku bertanya kepadanya, dan jwapannya m'buatkan aku berasa sungguh kecewa. 
    "Maafkan saya, segala kata2 rindu yg sy luahkan pada awak, hanyalah perasaan rindu seorang kwan kpd kwnnya. X lebih dari itu. Dan x mungkin akan lebih dari itu  sebab jarak antara kita terlalu jauh. Saya x dpt terima awk kerana kta x pernah kenal secara dekat. Sy x boleh terima awk lebih dr sbg seorang kwn. Pada mulanya memang saya fikir sy sukakan awk. Tp kemudian sy sedar perasaan sy hanyalah setakat perasaan kawan t'hadap kwnnya yg lain. Awk adalah kawan sy yg paling baik. Saya minta maaf kerana dah buat awak salah faham.  Dan saya minta maaf sbb t'paksa b'kata begini.Ttg perempuan sy yg panggil sy sayang itu, dia kawan sekuliah dan juga gf sy,"begitu mudah, dia menyatakan segalanya.
   
      Sesudahnya dia b'kata begitu, akhirnya aku sedar, bahwa selama ini aku hidup dlm angan2ku. Dia x pernah m'punyai perasaan terhadap aku. Aku kecewa dgn diri aku kerana terlalu bodoh utk mentafsir kta2 rindunya. Hanya dengan dia b'kata dia merindui aku, aku sudah menganggap dia juga menyukai aku. Betapa bodohnya aku. Aku malu dengan diri aku sendiri, dengan Alia dan terutama sekali dengan Adam. Angan2ku yang aku bina dulu, hancur sekelip mata. Kini aku sedar, cintanya bukanlah untukku. Aku menangis sendirian, tp segalanya adalah takdir tuhan.  

    Dan aku juga sedar, aku redha cinta Adam bukan untukku. Tapi aku tahu Allah itu sentiasa bersama dengan hamba-hambaNya. Dan cintaNya adalah cinta yang paling agung. Aku menyesal, kerana aku hanya berusaha mengejar cinta Adam, tp aku lupa bahwa cinta manusia tidak pernah kekal. Hanya cintaNya yang kekal abadi. Kini, aku masih menjalani kehidupanku seperti biasa. Aku juga sudah tidak lagi berhubung dengan Adam. Cukuplah sekadar dia mengetahui ttg perasaanku. Sekurang-kurangnya penatku menjadi secret admirer sudah pun hilang. Kepada Adam, terima kasih utk kenangan indah yang terlalu sementara yang awak berikan kpd saya. Mungkin awak bukan jodoh saya. Maafkan saya kerana sudah salah sangka dengan kata-kata awak.Semoga awak bahagia dgn dirinya buat selamanya.

*****TAMAT*****

No comments: