Monday, April 18, 2011

Memang cantik, tapi lagi cantik kalau ditutup...

Assalamualaikum semua...
Hari ni aku nk citer psl gambar2 yg banyak diupload di fb skunk nih...
Aku tgk makin ramai orang terutama di kalangan perempuan yg m'upload gambar mereka di fb...
Gambar yg free hair, mempamerkan bahagian dada, kaki yg putih melepak...
Lepas tu ramai kaum Adam yg like & puji perempuan t'sebut cantik...
Aku t'fikir, sebenarnya sudah lama aku t'fikir, mengapa & apa tujuan meletakkan gmbr sebegitu...

Aku sedar siapalah aku nak tegur mereka...
Bukannya ustazah atau mak mereka...
N bukannya sempurna mana pun tp ada hati nk tegur orang...
Cuma sbg sekadar kawan, bekas kawan dan mungkin hanya friend di fb...
Aku sedih melihat perubahan mendadak ini...
Kalau dulunya di sekolah b'tudung litup, tp skunk tudung tu melayang entah ke mana...
Pernah sekali aku t'baca di wall post seorang gadis ni, seorang kwn lelakinya menegur...
"Eh, ko dah lain skunk, free hair nampak?"
Dan gadis ini m'jawab, "Pernah ke ko tgk aku b'tudung?"
Lagi sekali aku t'fikir, bukan masa sekolah dulu pkai tudung ke?
Mungkin hanya di sekolah tp free hair di luar, tp jawapannya m'buat aku berasa sedih..
Tp yg aku selalu nampak, makin ramai org puji, makin suka pula empunya badan ni...
Mungkin bangga dgn kecantikan yg dimiliki...

Pernah t'jadi juga suatu ketika dulu...
Seorang kawanku yg bukan beragama Islam b'tanya kepada aku...
"Setahu saya orang Islam wajib pakai tudung, knp dia tidak pakai tudung? 
(sambil menunjuk ke arah kawanku, Muslim, tetapi free hair)"
Aku b'fikir, jawapan apa yg patut diberi...serba salah aku dibuatnya...
Lalu kemudian seorang kawanku yg lain m'jawab, "Depends pd diri masing2 la"
Adakah itu jawapan yg t'baik???

Tujuan entri aku kali ni, bukan utk m'burukkan org lain...
Tp hanya sekadar utk menegur kaum Hawa di luar sana...
Ya, aku admit aku pun sebenarnya x layak nak tegur korang semua...
Tp ini pun utk kesedaran diri aku jugak...
Aku pun xdela perfect mana...
Mungkin aku pun dapat jugak tgk blk apa kesilapan aku dalam aspek pakaian ni...
Cuma nasihat akhir daripada aku...
Sedarlah wahai perempuan, kecantikan zahir itu hanya sementara,
dan hanya kecantikan yg hakiki itulah peribadi yg mulia...

Kan cantik mcm ni...*gmbr ambil dr google image...

Nota kaki = Aku memohon jasa baik korang semua, kwn2 aku, tegurlah aku kalau pakaian aku itu agak keterlaluan...sekian..Assalamualaikum...Adios..

[Entri aku kali ini adalah luahan hati aku terhadap apa yg sedang b'laku... Tidak bermaksud utk menyentuh sensitiviti atau perasaan org lain... Sekiranya ada yg terasa hati, aku mintak maap jela..sekian, papai..]

2 comments:

NuRuLiZzATi kHaLiD said...

orang mampu berubah bila2 masa jeh...sama ade ke arah kebaikan atau keburukan...hati mahu kena kuat kalau mahu mentarbiyah diri. mudah-mudahan mengambil iktibar ye;)

HunNey LaVenDer said...

yer cikgu kutiey...arasseo...